Content area
Full Text
ABSTRAK
Tidak dinafikan lagi bahawa Islam di Malaysia telah mencapai kedudukan yang tinggi meskipun terpaksa menempuh jalan berliku ke puncak. Islam dilihat berkembang di Nusantara dan menyebabkan penghijrahan besar dari anutan Hindu-Buddha kepada ajaran baru Nabi Muhammad. Artikel ini bertujuan menyorot kebangkitan awal Islam dan dakwah yang menjadi pemangkin perkembangannya di sepanjang sejarah. Seterusnya, Islam dan dakwah adalah aspek penting yang menjadi fokus kajian ini khususnya ketika zaman penjajahan. Sorotan historis ini mendapati bahawa Islam dan dakwah adalah dua aspek yang saling digunakan secara bertukar ganti yang begitu berpengaruh dalam sejarah Tanah Melayu. Walaupun berdepan dengan cabaran besar pada awal kebangkitan dan ketika era penjajahan, Islam dan dakwah berjaya muncul sebagai suatu simbiosis yang sukar dipisahkan antara satu sama lain.
Kata Kunci: Islam, dakwah, politik, barat, Melayu
ABSTRACT
It is undeniable fact that Islam in Malaysia has reached the highest position in the country despite of its crumbling journey to the peak. Islam is seen to have spread in the Archipelago and had caused a great migration from Hindu-Buddhist adherence to the new teaching of the Prophet Muhammad. The article seeks to review the early advent of Islam as well as dakwah that became the catalyst of its spreading throughout history. Moreover, Islam and dakwah are the most important aspect that become the focus of the study particularly during the colonial rule. This historial review reveals that Islam and dakwah are the two interchangeable aspect that so influential in the history of Malaya. Despite great challenge in its early advent and during colonial era, Islam and dakwah had succeeded to rise as the symbiosis that is hard to pull apart.
Keywords: Islam, dakwah, politics, western, Malay
PENGENALAN
Umumnya, Islam di Malaysia memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Islam dilihat telah berakar umbi sejak kedatangannya kira-kira lebih seribu tahun yang lalu. Islam telah diterima bukan sahaja dalam kehidupan peribadi bahkan telah menjadi dasar bagi masyarakat dan negara. Kemuncak kejayaan ini dibuktikan melalui perisytiharan Malaysia sebagai negara Islam yang membayangkan bahawa agama tersebut telah diterima bukan sahaja dalam kehidupan personal bahkan dalam konteks mengatur masyarakat dan negara. Pada peringkat awal, kemunculan agama ini dikenali sebagai perkembangan Islam, manakala kebangkitannya pada era 1970-an membawa kepada kemunculan penggunaan istilah dakwah secara meluas bagi tujuan menggambarkan perkembangannya di Malaysia....