Abstract

Artikel ini mengkaji secara empirik pengaruh kewangan (kewangan dalaman dan luaran) dan kebebasan ekonomi terhadap pertumbuhan firma patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2000-2010. Kaedah regresi data panel statik, iaitu model kesan tetap (fixed effect) dan kesan rawak (random effect) telah digunakan untuk menganggar penentu pertumbuhan firma tersebut. Sampel firma patuh syariah telah dipecahkan kepada enam sub sektor ekonomi, iaitu barang pengguna, barang industri, perkhidmatan, sektor pembinaan, hartanah dan teknologi. Hasil kajian mendapati pertumbuhan firma patuh syariah mengikut subsektor ekonomi sangat sensitif dipengaruhi sumber kewangan dalaman berbanding dengan kewangan luaran. Kebebasan ekonomi pula mempunyai pengaruh yang negatif terhadap pertumbuhan firma. Hasil kajian ini menunjukkan firma patuh syariah perlu mengambil kira aspek sumber kewangan dan kebebasan ekonomi untuk menjana pertumbuhan.

Details

Title
Kewangan, Kebebasan Ekonomi, dan Pertumbuhan Firma: Bukti Panel ke atas Firma Patuh Syariah di Malaysia
Author
Zulkefly Abdul Karim; Mohd Azlan Shah Zaidi; Musa, Muhamad Ali
Pages
93-114
Section
Articles
Publication year
2015
Publication date
Dec 2015
Publisher
Universiti Utara Malaysia
ISSN
22321608
e-ISSN
21802467
Source type
Scholarly Journal
Language of publication
Malay; English
ProQuest document ID
2582142142
Copyright
© 2015. This work is published under https://creativecommons.org/licenses/by/4.0/ (the “License”). Notwithstanding the ProQuest Terms and Conditions, you may use this content in accordance with the terms of the License.