It appears you don't have support to open PDFs in this web browser. To view this file, Open with your PDF reader
Abstract
Dalam tempoh hampir dua dekad yang lepas industri pelancongan negara telah mengalami pembangunan yang cukup pesat. Antara tahun 1985 - 2002, ketibaan pelancong antarabangsa dan pendapatan yang diperoleh masing-masing telah meningkat daripada 3.1 juta ketibaan kepada 13.3 juta dan daripada RM1.5 bilion kepada RM24 billion. Antara pasaran pelanconganutama antarabangsa yang mengalami perkembangan yang pesat ialah pasaran Asia Timur dan Pasifik. Mengikut Pertubuhan Pelancongan Dunia (MTO), syer ketibaan pelancong ke pasaran ini meningkat begitu ketara sekali.Jika pada tahun 1960 pasaran ini menguasai hanya hampir 1 % daripada jumlah ketibaan pelancong antarabangsa tetapi menjelang tahun 2010 dijangka pasaran ini menguasai hampir 20% daripada ketibaan pelancong antarabangsa mengatasi pasaran Amerika. Malaysia merupakan salah satu pasaran dalam kumpulan ini dun lebih menarik lagi sebahagian besar ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia juga datangnya dari kaluasan yang sama.Peningkatan kemasukan pelancong antarabangsa ini disebabkan oleh pelbagai faktor tarikan yang terdapat di Malaysia dan faktor tolakan daripada negara pengunjung. Kajian ini cuba menentu dan menganggarkan kepentingan beberapa faktor ekonomi penting yang dijangka mernpengaruhi kemasukan mereka ke negara ini. Antara faktor yang dikenal pasti ialah kos semasa melancong di Malaysia, tingkat pendapatan pelancong, kadar pertukaran mata wang asing, kegiatan promosi, keadaan kegawatan ekonomi dan bencana alamseperti jerubu dan ketakstabilan politik antarabangsa. Dengan menggunakan model permintaan konvensional, kajian ini cuba menganggarkan secara empirik kepentingan faktor ekonomi yang dinyatakan ini. Secara keseluruhan hasil kajian didapati konsisten dengan pendekatan teori dan ekonometrik enam daripada tujuh negara yang dikaji menunjukkun lebih daripada separuhpemboleh ubah yang digunakan adalah signifikan sebagai penerang kepada kemasukan mereka ke Malaysia. Keanjalan permintaan harga (kos semasa melancong) didapati secara relatifnya Iebih anjal daripada lain-lain keanjalan.