Abstract

Tujuan– Salah satu masalah utama dalam pendidikan Orang Asli di seluruh negara adalah masalah ketidakhadiran ke sekolah. Justeru, kajian ini meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakhadiran pelajar Orang Asli ke sekolah. Adalah diandaikan bahawa kehidupan Orang Asli di luar sekolah lebih menarik minat mereka. Maka penerokaan terhadap aktiviti yang mereka lakukan ketika ponteng dilakukan. Kajian juga meneroka budaya pembelajaran yang menjadi aspirasi pelajar Orang Asli.

Metodologi– Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes menggunakan protokol temu bual ke atas pelajar Orang Asli yang kerap ponteng (n=5), ibu bapa (n=3) yang anaknya kerap ponteng sekolah, dan seorang pemimpin komuniti (Tok Batin) dari etnik Semelai di Negeri Sembilan. pelajar Analisis data menggunakan pendekatan bertema dan pengiraan terhadap peratus persetujuan Nilai Cohen Kappa menunjukkan pada tahap tinggi.

Dapatan–Empat tema punca ponteng sekolah adalah sikap pelajar, pengaruh rakan sebaya, tarikan ekologi sosial, dan sikap ambil mudah ibu bapa. Enam aktiviti utama yang dilakukan ketika ponteng sekolah adalah memungut hasil hutan, memburu, membantu keluarga, tangkap ikan, bercucuk tanam dan bersosial. Hasil kajian mendapati bahawa budaya belajar yang menjadi aspirasi pelajar Orang Asli adalah pembelajaran yang bersifat praktikal dan relevan dengan cara hidup mereka.

Kepentingan– Kajian ini mengadaptasi Teori Faktor Tolak-tarik berkaitan faktor penolakan (pushing factors) dan faktor penarik (pulling factors) yang amat signifikan kepada pihak sekolah untuk merekabentuk strategi menggalakkan pelajar Orang Asli hadir ke sekolah berdasarkan faktor ponteng serta aspirasi budaya pembelajaran. Hasil kajian ini bermanfaat untuk pemegang taruh pendidikan Orang Asli untuk membina satu ekosistem pembelajaran yang bersifat praktikal dan relevan dengan kehidupan Orang Asli.

Alternate abstract:

Purpose – One of the major problems in Native education throughout the country is the lack of school attendance. Therefore, this study explores contributing factors absenteeism among Native pupils. It is assumed that outside life is more interested compared to the school life. So, this study explores their activities during truancy. The study also explores the learning culture aspiration of Native Pupils. Methodology – This study utilised a case study research design using interview protocols involving native pupils who play truancy (n = 5), native parents (n = 3) whose their children often skip schools, and a community leader (Tok Batin) from Semelai ethnic group in Negeri Sembilan. Data analysis using a thematic approach and the calculation of Cohen Kappa Value agreement percentage was at a higher level. Findings – The four main reasons for school absenteeism are student attitudes, peer pressure, social ecology, and parental attitudes. The six main activities that take place during school truancy are collecting forestry, hunting, helping families, catching fish, planting and socializing. Practical learning culture that is relevant to their life is an aspiration for Native pupils. Significance – This study adapted Lee’s (1966) model regarding the pulling factors and pushing factors which were very important for schools to design strategies that encourage Indigenous students to attend school based on their learning factors and cultural aspirations. The results of this study are useful for Indigenous education holders to build a learning ecosystem that is practical and relevant to Native life

Details

Title
KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH: FAKTOR PENYEBAB, AKTIVITI KETIKA PONTENG DAN ASPIRASI BUDAYA BELAJAR PELAJAR ORANG ASLI (School Absenteeism: Contributing Factors, Activities during Truancy and Learning Culture Aspiration among Native Pupils)
Author
Awang, Mohd Mahzan; Khairuddin, Khairul Farhah; Abdul Razaq Ahmad; Sayuti Ab Ghani; Jamalul Lail Abdul Wahab; Raja Mohd Salahuddin Raja Mamat
Pages
277-308
Section
Articles
Publication year
2022
Publication date
Jan 2022
Publisher
Universiti Utara Malaysia
ISSN
16758110
e-ISSN
21802483
Source type
Scholarly Journal
Language of publication
Malay; English
ProQuest document ID
2629394255
Copyright
© 2022. This work is published under https://creativecommons.org/licenses/by/4.0/ (the “License”). Notwithstanding the ProQuest Terms and Conditions, you may use this content in accordance with the terms of the License.