Content area
Full Text
ABSTRAK
Pada awal Zaman Pendudukan Jepun (1942-1945) di Tanah Melayu telah berlaku Operasi "Sook Ching" oleh pentadbiran tentera Jepun untuk menghapuskan orang Cina yang anti-Jepun. Operasi tersebut bermula di Singapura pada bulan Februari 1942 dan diperluaskan ke negeri-negeri Melayu, menjadikan Singapura sebagai tumpuan kajian sarjana berkaitan operasi tersebut. Pada hakikatnya, Operasi "Sook Ching" di Pulau Pinang terutamanya kes di Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang merupakan peristiwa tergempar di Tanah Melayu. Selain keunikannya sebagai sebuah sekolah Cina terkenal di Tanah Melayu, Chung Ling menjadi sasaran utama tentera Jepun disebabkan hubungan rapat warga sekolah dengan pihak Kuomintang (KMT) dan penglibatan aktif mereka menyokong China dalam Perang China-Jepun sejak tahun 1937. Kajian ini membincangkan perjalanan operasi tersebut pada tahun 1942 terutamanya pada 5 dan 6 April terhadap guru dan pelajar Chung Ling. Perbincangan ini disusuli dengan perbicaraan terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini selepas kekalahan Jepun dan peringatan warga Chung Ling terhadap peristiwa tersebut. Artikel ini mengkaji latar belakang dan penglibatan aktif Chung Ling dalam aktiviti anti-Jepun yang menjadikan sekolah tersebut sebagai sasaran utama tentera Jepun sehingga melalui satu pengalaman paling ngeri dalam kalangan institusi pendidikan tempatan, dan merupakan kes paling ketara dalam Operasi "Sook Ching" bukan sahaja di Pulau Pinang, bahkan di Tanah Melayu. Hasil kajian ini diperoleh khususnya berdasarkan sumber bahasa Cina berkaitan Chung Ling yang tidak ditemui daripada mana-mana sumber. Justeru artikel ini akan memberi suatu interpretaşi baru dalam kajian "Sook Ching" yang memaparkan sebuah sekolah juga menerima kesan begitu ketara dalam operasi tersebut.
Kata kunci: "Sook Ching", Chung Ling, Pulau Pinang, Zaman Pendudukan Jepun, David Chen
ABSTRACT
In the early Japanese Occupation in Malaya (1942-1945), the "Sook Ching" Operation was carried out by the Japanese military administration to eliminate the anti-Japanese Chinese. The operation started in Singapore in February 1942 and extended to the other Malay states, making Singapore the scholars ' focal point in studying the operation. In fact, that "Sook Ching" Operation in Penang, especially the case of Chung Ling High School was a shocking event in Malaya. Besides the uniqueness of being the famous Chinese school in Malaya, Chung Ling was the main target of the Japanese army because of its close relationship with the Kuomintang (KMT) and the active involvement in supporting China in Sino-Japanese War since...