Content area
Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka jenispertukaran kod, fungsipertukaran kod dan kesan pertukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Reka bentukpenyelidikan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan pendekatan kajian kes. Seramai empat orang guru Bahasa Melayu di sebuah SJKC di Puchong telah dipilih untuk menjadi peserta kajian menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Alat kajian yang digunakan ialah senar ai semak dan protokol temu bual. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian telah mengenal pasti ketiga-tiga jenis pertukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Jenis pertukaran kod yang paling kerap digunakan ialah pertukaran kod intersentensial manakala jenis pertukaran kod yang paling kurang digunakan ialah pertukaran kod tag. Dapatan kajian juga telah mengenal pasti keempat-empatfungsi utama pertukaran kod yang digunakan, laitu (i)fungsi asertif (ii)fungsi direktif, (iii)fungsi ekspresif dan (iv)fungsi komisif. 14 subfungsi pertukaran kod telah dikenal pasti dan tiga subfungsi pertukaran kod yang baharu juga berjaya dikenal pasti. Enam kesan pertukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu telah dikenal pasti dalam kajian ini, laitu meningkatkan kefahaman murid, meningkatkan minat murid untuk belajar, meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid, meningkatkan respons murid, merapatkan hubungan dengan murid dan meningkatkan tahap kebergantungan murid. Oleh hal yang demikian, kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengetengahkan pertukaran kod sebagai satu strategi dalam mengajar Bahasa Melayu dl Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).