Abstract

Malaysia sudah pun memasuki era baru iaitu zaman 2020 yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah negara yang membangun, isu masalah sosial tidak dapat dipisahkan. Bukan itu sahaja, masyarakat di bandar mahupun luar turut mempunyai statistik masalah sosial yang meresahkan. Fokus utama dalam menangani masalah sosial sewajarnya menumpukan pendekatan berorientasi kepada aspek spiritual atau kerohanian tanpa pengabaian aspek lain. Oleh yang demikian, artikel ini menyasarkan suatu misi dengan mengemukakan langkah pro-aktif iaitu mengkaji mengenai pendekatan pengubatan berteraskan spiritual Islam dalam menangani masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di negara hari ini. Artikel ini mengetengahkan pendekatan metode campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan pengubatan berteraskan spiritual Islam dihasilkan menerusi penelitian terhadap literatur dan temu bual bersama tiga orang pakar. Pendekatan ini turut mendapat penilaian dan pengesahan lima orang pakar dengan menggunakan soal selidik bagi mendapatkan kesahan yang tinggi. Analisis kandungan digunakan pada fasa pertama, dan analisis khas metode Fuzzy Delphi digunakan pada fasa kedua. Berdasarkan pengumpulan data yang dijalankan, pendekatan pengubatan berteraskan spiritual Islam dijangkakan memberikan kesan yang positif dalam menangani masalah sosial masyarakat.

Malaysia has progressed to the much-anticipated 2020s. Along with the progression, however, as a developing country, social issues are seemingly inextricable. This is further indicated through the alarming statistics on social problems for both urban and rural society. Therefore, the chief focus to resolve the social issues ought to be directed towards a spiritual-oriented aspect without disregarding other aspects. Accordingly, this article attempts to undertake a proactive step by studying a rehabilitation approach based on Islamic spirituality in overcoming social issues in society. This study utilizes a mixed-method research design of qualitative and quantitative research. The approach is formulated by perusing literature sources and interviewing three experts. For high validity outcome, this approach is reviewed and validated by five experts. Content analysis is used in the first phase, while a more distinctive analysis method, Fuzzy Delphi, is used in the second phase. The outcome from data collection is expected to deliver a positive result in resolving social problems in society.

Details

Title
Pendekatan Pengubatan Berteraskan Spiritual Islam dalam Menangani Masalah Sosial Masyarakat
Author
Mohd Syukri Zainal Abidin; Che Zarrina Sa'ari; Sharifah Basirah Syed Muhsin; Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman; Mohd Manawi Mohd Akib; Mohamad, Mohd Afifuddin; Mohd Amirul Husni Zulkifli
Pages
318-323
Section
Articles
Publication year
2022
Publication date
Aug 2022
Publisher
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin
ISSN
22896325
Source type
Scholarly Journal
Language of publication
English
ProQuest document ID
2823076826
Copyright
© 2022. Notwithstanding the ProQuest Terms and Conditions, you may use this content in accordance with the associated terms available at https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/about