Content area
Full Text
Abstrak: Sokongan dan bantuan kewangan daripada anak dewasa adalah sangat penting dalam kelangsungan kehidupan warga emas. Dalam hal ini, penjawat awam turut perlu memikul tanggungjawab menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua. Namun demikian, mereka telah berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menyediakan nafkah tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran penjawat awam dalam menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dengan melibatkan informan seramai sembilan orang penjawat awam gred 11 hingga 52 terdiri daripada kaum Melayu dan beragama Islam. Pengumpulan data adalah melalui kaedah temu bual mendalam, pemerhatian dan nota lapangan. Lokasi kajian di beberapa kementerian dan jabatan yang melibatkan sembilan orang informan dalam kalangan penjawat awam. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam dalam menyediakan nafkah kepada ibu bapa tua iaitu cabaran ekonomi (kos pendidikan anak, kos sara hidup dan perancangan kewangan keluarga) dan cabaran sosial (masalah kesihatan, jangkaan harapan ibu bapa dan keluarga serta kekangan pasangan). Kesimpulan kajian mendapati bahawa setiap cabaran yang dihadapi oleh penjawat awam selaraskan dengan langkah-langkah intervensi yang lebih komprehensif daripada segi dasar, pelaksanaan dan bantuan serta sokongan untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelakkan sebarang konflik yang boleh menjejaskan produktiviti penjawat awam pada masa hadapan.
Kata kunci : Cabaran, penyediaan nafkah, penjawat awam, ibu bapa tua
Abstract : Adult children's support and financial assistance is crucial to the survival of the elderly. In this regard, civil officials must also shoulder the burden of care their elderly parents. However, they have encountered a number of difficulties in providing the sustenance to the elderly parents. Therefore, the purpose of this study is to investigate the difficulties faced by civil servants in providing sustenance to their elderly parents. Nine Malay and Muslim civil officials in grades 11 to 52 served as informants for this study, which employed a purposive sampling methodology. In-depth interviews, observations, and field notes are used to collect data. The study was conducted across multiple ministries and departments with nine informants who were government servants. According to the study's findings, there are two challenges faced by civil servants in providing sustenance for elderly parents, namely economic challenges (cost of children's education, cost livelihood and family financial planning) and social challenges (health problems, parental and family...