Content area
Full Text
ABSTRAK
Sebagai inisiatif penyediaan modul kerjaya yang berkesan kepada banduan parol supaya mereka mampu untuk membina kerjaya dan kehidupan yang berdikari daripada aspek kewangan/ekonomi, maka artikel ini disediakan bertujuan untuk mengukur sejauh mana ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh banduan parol di Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 280 banduan parol yang sedang menjalani program pengawasan parol di Semenanjung Malaysia oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian mendapati majoriti banduan parol yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan tahap ciri-ciri keusahawanan yang positif iaitu berada pada tahap sederhana (64.6 peratus) ke tahap yang tinggi (34.6 peratus). Hanya 0.7 peratus sahaja dalam kalangan banduan yang terlibat dalam kajian ini tidak menunjukkan ciri-ciri keusahawanan. Hasil kajian memberi implikasi positif ke arah keperluan untuk mewujudkan modul pengurusan dan kemahiran keusahawanan di Jabatan Penjara Malaysia bagi tujuan menggilap bakat dan kemahiran kerjaya kepada banduan sebagai persediaan mereka untuk kembali berfungsi semula ke dalam masyarakat setelah dibebaskan.
Kata kunci: keusahawanan, banduan parol, modul kemahiran pengurusan
ABSTRACT
In preference to preparing an effective carrier module which aims to enable the prisoners on parole to develop a long-standing carrier and a self-governing life predominantly their financial, this article aims to measure the entrepreneurship characteristics owned by the parolee in Malaysia. To arrive at prudent findings, a quantitative method using cross-sectional survey is employed. In total, 280 parolees from all over Malaysia who are undergoing a Parole Surveillance Program under the Malaysia Prison Department have been recruited. Finding suggest, majority of the parolees (64.6 %) hold a medium to high level (34.6 %) of positive entrepreneurship characteristics. Merely, 0.7 % fell into the zero level entrepreneurship groups where all the parolees in this group do not own any entrepreneurship characteristics.
Conclusively, a new-fangled positive implication proposed by this study is the need of Malaysia Prison Department to develop an entrepreneurship skill management module focused primarily on strengthening talent and carrier skills with the intention of preparing the parolees to assimilate well in the community after them being released.
Keywords: entrepreneurship, prisoners on parole, management skills module
PENGENALAN
Sistem parol merupakan satu sistem pembebasan bersyarat seseorang banduan sebelum tamat tempoh menjalani hukuman penjara sebenar disebabkan oleh perlakuan baik mereka. Melalui sistem ini, banduan...