Content area
Full Text
ABSTRAK
Artikel ini membincangkan mengenai tahap depresi dan hubungannya dengan kualiti hidup kesihatan di kalangan pesakit buah pinggang tahap akhir (BPTA) yang menjalani rawatan hemodialisis (HD) di Malaysia. Seramai 183 orang pesakit hemodilisis di bawah pengurusan pusat perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan pusat dialisis amal MAA-Medicare telah dijadikan subjek kajian. Beck Depression Inventory 11 (BDI 11) telah digunakan untuk mengukur tahap depresi dan Short- form 36 (SF-36) bagi mengukur kualiti hidup kesihatan pesakit. Pengumpulan data melalui temuduga berstruktur telah dijalankan di antara November 2008 hingga Julai 2009. Kajian ini berbentuk kajian rentas dan data dianalisis menggunakan ujian t, ANOVA dan korelasi Pearson. Keputusan menunjukkan sebanyak 8.2% pesakit HD mengalami depresi yang teruk dan terdapat hubungan yang negatif di antara depresi dan kualiti hidup kesihatan pesakit. Dapatan kajian ini menggambarkan bahawa semakin tinggi depresi di kalangan pesakit hemodialisis maka semakin rendah kualiti hidup kesihatan mereka.
Kata kunci: Depresi, kualiti hidup kesihatan, hemodialisis, penyakit buah pinggang tahap akhir
ABSTRACT
This article discusses the level of depression and its relationship with health-related quality of life among patients with end-stage renal disease who receive hemodialysis (HD) treatment in Malaysia. The subjects were derived from 183 HD patients from Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre and the MAA-Medicare Kidney Charity Fund. The Beck Depression Inventory 11 (BDI 11) and Short-Form 36 (SF-36) were used to measure levels of depression and patients' health-related quality of life. The data collection using structured interview was conducted from November 2008 to July 2009. This was a cross sectional study and data was analyzed using t-test, ANOVA and Pearson correlation. The results showed that 8.2% of HD patients reported as having severe depression and negative association was found between depression and patients' health-related quality of life. This study suggests that HD patients who have a high depression score tend to have a low quality of life.
Keywords: Depression, health- related quality of life, hemodialysis, end-stage renal disease.
PENGENALAN
Berhadapan dengan penyakit kronik bukanlah suatu yang mudah kerana pesakit terpaksa melalui transisi dari proses diagnos kepada rawatan dan seterusnya pengurusan diri (Dekker 2001; Pertie & Moss-Morris 1996). Ketidakupayaan, kebergantungan pada orang lain dan rawatan, stigma sosial, perubahan cara hidup, kos penyelengaraan rawatan yang mana ini semua akan menganggu aktiviti normal yang biasa dilakukan (deRidder & Schrears...