It appears you don't have support to open PDFs in this web browser. To view this file, Open with your PDF reader
Abstract
Makalah ini membincangkan mengenai gaya dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar Perancis dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kajian dijalankan di Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INA LCO), Paris. Subjek kajian terdiri daripada 19 pelajar Program Sarjana Muda Bahasa Indonesia/Malaysia, Jabatan Asia Tenggara dan Asia Pasifik (Centre du Asie du Sud-est et Pacifique), INALCO. Kajian ini bertujuan untuk memahami dan menghuraikan apakah gaya dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa. Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang diadaptasi dari soal selidik Wang (2015) dan dianalisis menggunakan statistik mudah yang melihat kekerapan dan peratusan gaya dan strategi yang digunakan oleh pelajar. Analisis gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam pembelajaran BM dibuat mengikut 4 kemahiran bahasa iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur mengikut kerangka Christison (2003). Strategi pembelajaran pula dianalisis berdasarkan kerangka teoretikal Oxford (1990) yang membahagikan strategi kepada 6 kategori utama iaitu strategi ingatan, kognitif, tampungan, metakognitif, afektif dan sosial. Soalan-soalan yang terdapat dalam soal selidik merangkumi semua kategori strategi pembelajaran tersebut. Dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar Perancis gemar mengamalkan gaya pembelajaran bersifat visual, global, field-dependent dan reflektif serta cenderung menggunakan strategi ingatan, metakognitif, afektif dan sosial dalam pembelajaran bahasa mereka.