Abstract

Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) is a Muslim scholar from the Nusantara, who is famous with his works in many fields. His contributions in the development and progress of Muslims in the 20th century are seen as crucial. This study discusses Hamka’s contributions in three major fields which are politics, education, and literature. Hamka strived in the Indonesian political movements such as the Masyumi Party and the Indonesian Ulema Council. He was a religious teacher in educational institutions in Indonesia. He was also a well-known Indonesian writer in the 20th century and had produced many works in different genres. His contributions in the three fields have put forth this writing. This study applies suitable historical analysis method such as internal and external criticism to provide factual evidence as the findings. External criticism is used to confirm the authenticity of a source in terms of time, place, and the person who quoted or produced the materials. Meanwhile, internal criticism is done through careful research of the confirmed and authentic content of the sources from external criticism. As a result, Hamka’s excellence in the three fields which are politics, educations, and literature is indispiutable. This study also highlights his eminence as a great Muslim scholar, writer, leader, and preacher. The impact of his contributions is evident not only in the 20th century but continues until today.

Alternate abstract:

Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) merupakan ulama Nusantara abad-20M yang terkenal dengan ketokohannya dalam pelbagai bidang. Sumbangan beliau begitu penting terhadap pembangunan dan kemajuan umat Islam pada abad ke-20M. Kajian ini membincangkan sumbangan Hamka dalam tiga bidang utama, iaitu politik, pendidikan dan penulisan. Hamka bergiat aktif dalam gerakan politik Indonesia seperti Masyumi dan Majlis Ulama Indonesia. Selain itu, Hamka dilantik sebagai tenaga pengajar di institusi pendidikan di Indonesia. Hamka juga dikenali sebagai sasterawan Indonesia pada abad ke-20M dan telah menghasilkan banyak penulisan yang terdiri daripada pelbagai genre. Peranan Hamka yang begitu menonjol dalam ketiga-tiga bidang tersebut telah menjadi titik tolak kepada penulisan ini. Kajian ini menggunakan metode kajian sejarah yang sesuai seperti kritikan luaran dan kritikan dalaman bagi memastikan ketulenan fakta yang diperolehi. Kritikan luaran dilakukan untuk mengesahkan keaslian dan ketulenan sumber dari segi masa, tempat dan individu yang menghasilkan sumber atau bahan tersebut. Kritikan dalaman pula dilakukan terhadap isi kandungan yang telah disahkan kesahihannya semasa melakukan kritikan luaran. Hasilnya, ketokohan Hamka dapat dilihat dengan jelas dalam tiga bidang tersebut, iaitu politik, pendidikan dan penulisan. Bukan itu sahaja, kajian ini turut menonjolkan ketokohan Hamka sebagai seorang ulama, sasterawan, pemimpin dan pendakwah yang disegani. Kesan sumbangan beliau dapat dilihat bukan sahaja pada abad ke-20M sahaja malah berterusan sehingga ke hari ini.

Details

Title
Hamka: Tokoh Ulama Nusantara
Author
Zuhaidi, Nushuhadah; Firuz-Akhtar Lubis
Pages
74-82
Section
Articles
Publication year
2021
Publication date
Mar 2021
Publisher
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin
ISSN
22896325
Source type
Scholarly Journal
Language of publication
English
ProQuest document ID
2628347715
Copyright
© 2021. Notwithstanding the ProQuest Terms and Conditions, you may use this content in accordance with the associated terms available at https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/about