Content area
Full Text
ABSTRAK
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan aspek kepercayaan, malah turut meliputi aspek kebudayaan, kesenian, kemasyarakatan, pendidikan dan ekonomi. Pemanfaatan kosa kata Arab dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu merupakan antara perubahan positif yang menjadi penyumbang ke arah perkembangan bahasa Melayu. Namun, pemanfaatan kosa kata bahasa Arab perlu selari dengan konteks ayat bahasa Melayu. Dengan kata lain, pemanfaatan tersebut perlu bersesuaian antara makna asal dalam bahasa Arab dengan makna yang ingin dijelaskan dalam bahasa Melayu mengikut konteks ayat. Bertolak daripada pemahaman ini, makalah ini menganalisis beberapa kosa kata bahasa Arab yang digunakan dalam novel Mahabbah karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Selain itu, terdapat kosa kata bahasa Arab yang digunakan merupakan ambilan daripada perkataan yang terdapat dalam al-Qur'an. Hal ini sejajar dengan kandungan novel yang membicarakan nilai-nilai Islam seperti persaudaraan, kasih sayang, permuafakatan dan kemaafan. Tujuan utama analisis ini adalah untuk meneliti ketepatan pemanfaatan kosa kata Arab mengikut konteks ayat dalam novel Mahabbah. Berdasarkan dapatan analisis, terdapat kosa kata Arab yang digunakan dalam novel tidak bertepatan dengan konteks ayat. Di samping itu, penggunaan kosa kata Arab tidak menyumbang kepada pemahaman makna bagi sesuatu ayat. Analisis turut menunjukkan pemanfaatan kosa kata Arab dalam novel Mahabbah tidak memberi penjelasan yang signifikan terhadap jalan cerita Mahabbah, malah pada sesetengah keadaan ia mungkin merumitkan pembaca untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.
Kata kunci: Mahabbah; kosa kata Arab; bahasa Arab; makna; karya sastera
ABSTRACT
The arrival of Islam in the Malay world has brought a great change in the life of the Malay community. These changes not only include the faith aspect, but also to the culture, arts, community, education, economy and others. The utilization of Arabic words in Malay vocabulary is one of the positive changes that contribute to the advancement of the Malay language. However, the utilization of Arabic words should be in line with the context of Malay sentences. In other words, the utilization should be compatible between the original meaning of words in Arabic with the meaning to be used in the Malay language according to the context of the sentence. Based on this understanding, this article analyzes some Arabic words used in the literary work of the National Laureate, Shahnon Ahmad entitled...