Abstract

The article dicusses about the issue regarding the element of taṣdīq either dārūrī or naẓarī to identify more advance about the good intelect’s observation towards something. This is because not all of the human mind requires argument and evidence in a case involving the khowledge that must be known usually. This qualitative research applied the method of documentation and data analysis to indentify and definite taṣdīq via the works of ancient scholars and convicts the methodology of taṣdīq through ḍarūrī where is not applying any argumentation to determind the understanding of debate and naẓarī where is applying the evidence deeply in understanding the debates . The scope of this research will focus on the topic of taṣdīq’s element for detail via the view of scholars such as al-Damanhūrī, al-Bayjūrī and so on. Then, the researcher concludes out the methodology of taṣdīq that geared towards ḍarūrī and naẓarī that cause the needful of healthy mind in solving a problem. As a result, it can be proved precisely that the reason that aquires the argument is just taṣdīq of naẓarī only after having the good taṣawwur in mind. As for the the taṣdīq that categorized as ḍarūrī can be accepted by the human mind generally without a long process of thinking for undestanding an issue.

Makalah ini membincangkan isu yang membabitkan elemen taṣdīq sama ada secara ḍarūrī mahupun secara naẓarī supaya dapat mengenal pasti dengan lebih lanjut tilikan akal yang sihat kepada sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana tidak semua akal manusia memerlukan hujah dan dalil dalam mengkonklusikan sesuatu perkara yang membabitkan pengetahuan yang mesti diketahui umum. Kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan kaedah dokumentasi dan analisis data dalam mengenal pasti takrifan taṣdīq yang tepat melalui karya-karya ulama silam serta mensabitkan kaedah taṣdīq yang bersifat ḍarūrī di mana tidak mengaplikasikan hujah akal secara sistematik dan yang bersifat naẓarī di mana menggunakan dalil secara tafṣīlī dalam memahami sesuatu perbahasan. Skop perbahasan akan berfokus kepada perbahasan elemen taṣdīq secara terperinci menurut pandangan para ulama seperti al-Damanhūrī, al-Bayjūrī dan sebagainya. Kemudian, pengkaji menyatakan kaedah-kaedah taṣdīq yang menjurus ke arah ḍarūrī dan naẓarī yang menyebabkan perlunya akal yang sihat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Hasilnya, dapat dibuktikan secara tepat bahawa akal yang memerlukan hujah hanyalah taṣdīq yang bersifat naẓarī sahaja setelah memiliki taṣawwur yang kemas di dalam akal. Manakala taṣdīq yang berkriteriakan ḍarūri dapat diterima oleh akal manusia secara umumnya tanpa memerlukan proses pemikiran akal yang panjang dalam memahami sesuatu isu.

Details

Title
Konsep Tasdiq Daruri dan Nazari dalam Penyusunan Hujah Akal
Author
Ahmad Hafiz Ali Makdom; Shuhari, Mohd Hasrul; Wan Hishamudin Wan Jusoh
Pages
205-213
Section
Articles
Publication year
2020
Publication date
Feb 2020
Publisher
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin
ISSN
22896325
Source type
Scholarly Journal
Language of publication
English
ProQuest document ID
2628338204
Copyright
© 2020. Notwithstanding the ProQuest Terms and Conditions, you may use this content in accordance with the associated terms available at https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/about