Content area
Full Text
ABSTRAK
Kontrak hadapan tukaran wang asing merupakan suatu kontrak yang kadar tukaran ditetapkan pada hari ini, namun penyerahan mata wang dilakukan pada masa akan datang. Meskipun kontrak ini diperlukan untuk tujuan lindung nilai, namun timbul isu dari sudut syariah, sama ada kontrak hadapan mata wang asing ini benar-benar memenuhi syarat akad al-sarf atau sebaliknya. Bagaimanakah untuk memastikan kontrak ini bebas daripada perkara yang bercanggah dengan syariah kerana ia amat diperlukan dalam konteks ekonomi semasa? Memandangkan kontrak ini melibatkan pertukaran mata wang pada masa akan datang, maka ia boleh berkait dengan isu riba al-nasi'ah. Oleh yang demikian, kertas ini bertujuan untuk mengkaji kontrak hadapan mata wang asing menurut Islam yang distrukturkan dengan mengguna pakai prinsip wa'd yang mengikat sebelah pihak. Metode kajian ini ialah analisis kandungan dan temu bual. Temu bual dilakukan dengan pakar syariah dan juga pihak perbendaharaan dari bank tempatan. Hasil kajian mendapati bahawa untuk menjadikan kontrak ini menepati syarat penerimaan dan penyerahan secara lani, majoriti bank mengguna pakai prinsip wa'd mulzim dalam kontrak hadapan mata wang asing pada peringkat awal dan kontrak sebenar berlaku pada hari pertukaran wang dilakukan. Namun, pemakaian wa'd ini dilihat menyebelahi sebelah pihak sahaja, iaitu pihak bank sahaja akan dilindungi haknya. Dengan ini, prinsip wa'dan perlu diteroka bagi melihat kesesuaian dan potensinya untuk dibangunkan sebagai asas dalam menstrukturkan produk lindung nilai mata wang asing menurut Islam.
Kata Kunci: kontrak hadapan, wang asing, lindung nilai, muamalat Islam, nilai, wa'd
ABSTRACT
FX forward is a contract to buy or sell certain amount of foreign currency at a pre-agreed or locked-in exchange rate, but the delivery of currencies is done on the future. Although this contract is needed for the purpose of hedging, but the issue arises, whether FX forward fulfill the ruling of al-sarf. How to ensure that this contract is free from prohibited elements as it is needed in the context of the global economy? Since this contract involves the exchange of currency in the future, it violate the sarf requirement of spot exchange, thus incurring riba al-nasi'ah. Therefore, this paper seeks to examine Islamic FX forward contract that is structured using wa'd mulzim on one party. To achieve the objective, this study applies content analysis and interview method. The interviews are done with some shariah scholars and...