Content area
Full text
ABSTRAK
Artikel ini membincangkan perihal masalah yang berlaku dalam pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia. Terdapat banyak kes yang menjadi pertikaian, terutama yang melibatkan harta perwarisan mualaf kesan daripada pemelukan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti kaedah penyelesaian masalah harta pusaka mualaf di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan. Data-data dikumpul menggunakan kaedah kajian kes dan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan tematik. Dapatan kajian mendapati beberapa faktor utama dalam konflik perundangan telah memberi kesan kepada mualaf dan waris-warisnya, terutama melibatkan harta pusaka. Antaranya ialah sepertipetisyenpembubaranperkahwinan terdahulu, tuntutan harta dari waris bukan beragama Islam dan kelangsungan nafkah keluarga bekas suami isteri. Kajian ini merumuskan bahawa faktor-faktor ini telah memberi kesan yang amat besar, terutama terhadap hak-hak waris dalam pewarisan harta pusaka. Seterusnya, kesan ini memerlukan penyelesaian segera dengan perancangan pengurusan harta melalui instrumen hibah sebagai kaedah penyelesaian masalah pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia.
Kata kunci: Harta pusaka; mualaf; konflik perundangan; hibah
ABSTRACT
This article discusses the occurring inheritance problem of new Muslim converts in Malaysia. There are many cases of disputed inheritance property due to conversion to Islam. The research objective is to study the methods available to resolve this problem. This is a qualitative study using a content analysis approach. Data is collected using case study method and analysed by a descriptive and thematic approach. Research findings show that several main factors in conflict of law/legislation impact converts and beneficiaries, particularly involving inheritance. Among these factors are petition for decree of nullity of previous marriage, secrecy of conversion to Islam and continuation of nafaqah (maintenance) for former spouse. This research concludes that these factors have a big impact on rights of heirs to inheritance property. Thus, this consequence requires urgent attention in property management planning through the hibah instrument as a method of resolving the inheritance problem involving property of Muslim converts in Malaysia.
Keywords: Inheritance; Muslim converts; conflict of laws; hibah
PENGENALAN
Kehidupan di Malaysia yang bermasyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan kepercayaan. Mualaf atau saudara baru bukanlah suatu istilah asing dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Malah sekiranya ditinjau dari segi sejarah, penduduk Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam telah menganut pelbagai kepercayaan lain. Istilah mualaf merupakan istilah yang diguna pakai...