Abstract

Pembangunan pesat prasarana berdekatan dengan lokasi Taman Pertanian Malaysia (TPM) di Shah Alum Selangor telah menimbulkan persoalan ekonomi normatif sama ada TPM wajar terus beroperasi bagi menjayakan matlamat asal atau ditukar kepada kegunaan alternatifsejajar dengan arus pembangunan kawasan sekeliling. Kajian ini cuba menganggar nilai ekonomi faedah rekreasi di kalangan pelancong-pelancong domestik ke TPM dengan menggunakan Kaedah Kos Perjalanan. Kajian mendapati nilai faedah bersih sebanyak RM4.33 bagi setiap lawatan per pelawat. Berdasarkan kadar diskaun sosial 10%, nilai kini faedah kasar agregat dianggar sebanyak RM8.4 juta (RM6700 per hektar) manakala nilai kini faedah bersih sebanyak RM5.5 juta (RM4345 sehektar). Dapatan nilai faedah bersih bagi setiap pelawat mencadangkan perkhidmatan rekreasi TPM yang sedia ada tidak menawarkan faedah yang tinggi kepada pengunjung. Namun, TPM berpotensi menjadi destinasi pelancongan eko-tani yang berdaya maju dalam negara dun di rantau ASEAN sekiranya dilakukan usaha-usaha pembaikan yang inovatif dun radikal, termasuk meningkatkan kecekapan pengurusun TPM.

Details

Title
Nilai Ekonomi Khidmat Rekreasi Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam
Author
Othman, Jamal; Basri Abdul Talib; Othman, Redzuan
Pages
165-179
Section
Articles
Publication year
2004
Publication date
Jun 2004
Publisher
Universiti Utara Malaysia
ISSN
22321608
e-ISSN
21802467
Source type
Scholarly Journal
Language of publication
Malay; English
ProQuest document ID
2582189616
Copyright
© 2004. This work is published under https://creativecommons.org/licenses/by/4.0/ (the “License”). Notwithstanding the ProQuest Terms and Conditions, you may use this content in accordance with the terms of the License.