It appears you don't have support to open PDFs in this web browser. To view this file, Open with your PDF reader
Abstract
Di negeri Sabah, statistik penglibatan wanita di dalam gejala penagihan dadah adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Penglibatan wanita di Sabah dalam gejala penagihan dadah membabitkan gadis berusia dari seawal remaja sehinggalah wanita yang berusia empat puluhan tahun,bukan semata-mata disebabkan kenikmatan dadah itu sendiri tetapi didorong oleh faktor lain seperti ingin menjaga kecantikan dan menguruskan badan. Dadah yang lazimnya digunakan penagih wanita di Sabah adalah jenis Syabu kerana ia mudah diperoleh dan dengan harga yang lebih murah berbanding heroin dan ganja. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti profil penagih dadah wanita di negeri Sabah, mengkaji punca-punca yang menyebabkan penglibatan wanita dengan dadah, menentukan sama ada faktor rakan sebaya memainkan peranan penting dalam penglibatan mereka dengan dadah, dan mengemukakan cadangan program atau strategi yang lebih praktikal dan berkesan untuk menangani masalah penglibatan wanita dengan dadah. Kajian ini berbentuk tinjauan keratan rentas terhadap 96 responden yang terdiri daripada pengguna dan penagih dadah wanita di negeri Sabah yang ditempatkan di Pusat Serenti Bachok, Kelantan dan di penjara-penjara sekitar negeri Sabah seperti Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Tawau dan juga Penjara Sandakan. Profil penagih dadah wanita Sabah menunjukkan bahawa paling ramai adalah dari etnik Bajau, Kadazan dan Melayu; ramai beragama Islam, mempunyai pendidikan rendah dan sederhana, dan selalu terlibat dengan masalah disiplin di sekolah. Hasil kajian turut membentangkan maklumat pekerjaan seperti ramai yang bekerja kilang dan di pusat hiburan dengan pendapatan yang rendah sederhana, maklumat rakan sebaya, jenis dadah yang digunakan serta siapa yang berpengaruh ke atas penggunaan dadah. Ramai yang menggunakan dadah kerana perasaan ingin tahu atau mempunyai masalah kesihatan mental seperti untuk menghilangkan stres, perpecahan dalam keluarga, melarikan diri dari masalah dan mencari ketenangan. Rata-rata penagih dadah wanita Sabah mula merokok pada umur 16 tahun, minum minuman keras pada purata umur 17 tahun, menggunakan dadah pada purata umur 19.8 tahun, dan bagi yang terlibat dengan jenayah, umur pertama mereka terlibat dengan perbuatan jenayah ialah 21 tahun. Kajian ini memberi beberapa cadangan yang berkaitan dengan strategi rawatan, pemulihan dan pencegahan untuk dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan NGO di negeri Sabah. Kajian turut mencadangkan agar pelan tindakan untuk mengatasi masalah penagihan dadah dirangka agar ia boleh digerakkan oleh semua pihak bertanggungjawab.
You have requested "on-the-fly" machine translation of selected content from our databases. This functionality is provided solely for your convenience and is in no way intended to replace human translation. Show full disclaimer
Neither ProQuest nor its licensors make any representations or warranties with respect to the translations. The translations are automatically generated "AS IS" and "AS AVAILABLE" and are not retained in our systems. PROQUEST AND ITS LICENSORS SPECIFICALLY DISCLAIM ANY AND ALL EXPRESS OR IMPLIED WARRANTIES, INCLUDING WITHOUT LIMITATION, ANY WARRANTIES FOR AVAILABILITY, ACCURACY, TIMELINESS, COMPLETENESS, NON-INFRINGMENT, MERCHANTABILITY OR FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE. Your use of the translations is subject to all use restrictions contained in your Electronic Products License Agreement and by using the translation functionality you agree to forgo any and all claims against ProQuest or its licensors for your use of the translation functionality and any output derived there from. Hide full disclaimer