Content area
Full text
Di Malaysia, padi merupakan salah satu komoditi yang diberi keutamaan dalam agenda keselamatan makanan negara. Bagi memastikan pengeluaran makanan ini terjamin, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran komoditi ini. Namun demikian, impak akibat ketidaktentuan iklim bukan hanya memberi kesan kepada pengeluaran makanan malah turut memberi kesan kepada taraf hidup golongan petani padi. Bagi meninjau impak tersebut, model Ricardian telah digunakan untuk menganggar kesan perubahan iklim ke atas hasil pengeluaran padi di lapan kawasan jelapang padi di Semenanjung Malaysia. Dalam kajian ini, data panel dari lapan kawasan tersebut telah digunakan. Berdasarkan senario ramalan perubahan iklim pada masa hadapan, hasil kajian menjangkakan bahawa purata pendapatan petani akan merosot sebanyak 67% bagi tempoh 2020 hingga 2029, 88% dalam tempoh 2050 hingga 2059 dan 127% bagi tempoh 2090 hingga 2099. Kemerosotan dalam pendapatan padi semestinya akan menjejaskan kehidupan petani. Justeru bagi mengurangkan kesan tersebut, Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dilihat sebagai salah satu intervensi kerajaan yang perlu dikekalkan. Hal ini turut disokong berdasarkan satu kajian kes yang dijalankan di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Muda Agricultural Development Authority [MADA]) yang mendapati jumlah golongan miskin tegar dalam kalangan petani di kawasan pengairan Muda akan meningkat sebanyak 2.2%; miskin sebanyak 9.3% dan mudah terancam sebanyak 61.3% sekiranya kerajaan memutuskan untuk menarik balik SSHP. Oleh yang demikian, bagi memastikan golongan petani padi terns bertahan dalam berhadapan dengan fenomena alam yang tidak dapat dielakkan ini, strategi yang bersesuaian melalui intervensi kerajaan perlu dibangun secara menyeluruh.
Kata kunci: petani padi, perubahan iklim, intervensi kerajaan, keselamatan makanan
In Malaysia, paddy is one of the commodities that is given priority in the national food security agenda. In order to ensure that food production is guaranteed, various efforts have been taken by the government to increase the production of this commodity. Nevertheless, the impact from climate uncertainties would not merely affect the production of food but also the livelihood of paddy farmers. In an attempt to explore such impact, the Ricardian model was adopted to estimate the effect of climate change on rice production in eight granary areas in Peninsular Malaysia. In this study, a panel data from each of these areas was employed. Based on a scenario on future climate, this study expects that on average, farmers' income would decline by 67% in...