Content area
Full text
ABSTRAK
Kertas ini bertujuan untuk membincangkan penglibatan Adam Malik selaku Menteri Luar Indonesia atas penubuhan Association of South East Asian Nations (ASEAN) yang bermula dari tahun 1967 hingga 1977. Adam Malik ialah salah seorang tokoh pengasas dari Indonesia atas terbentuknya pertubuhan Asia Tenggara atau sering disebut dengan ASEAN. Tujuan kertas ini adalah untuk menilai sejauh mana penglibatan Adam Malik ke atas penubuhan ASEAN, di mana pertubuhan ini sebagai tonggak pemerhati ke-lima negara yang berjiran untuk dapat menyelesaikan masalah-masalah regional sesama Asia Tenggara demi mewujudkan keamanan serantau. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan sumber-sumber primer. Adam Malik berperan penting mempengaruhi Kerajaan Indonesia untuk ikut serta dalam penubuhan ASEAN kerana kecurigaan dalam kalangan Presiden Soeharto amat tinggi dalam menubuhkan pertubuhan ini.
Kata Kunci : Adam Malik, ASEAN, terlibat, pengasas, Indonesia-Malaysia
ABSTRACT
This paper aims to discuss the involvement of Adam Malik in his capacity as Foreign Minister of Indonesia upon the establishment of the Association of South East Asian Nations (ASEAN) starting from 1967 to 1977. Adam Malik was one of the founding figures of Indonesia on the formation of the Association of the Southeast Asia or often referred to by ASEAN. The purpose of this paper is to assess the extent of the involvement of Adam Malik over the establishment of ASEAN, where this establishment as pillars of observers to five neighbouring countries-to be able to solve regional problems among Southeast Asia in order to establish peace in the region. This study uses qualitative methods with the use of primary sources and use of secondary sources. Adam Malik had an important role to influence the Indonesian Government to follow as well as in the establishment of ASEAN because of suspicions among President Soeharto was very high in the establishment of this assosiation.
Keywords: Adam Malik, ASEAN, the roles, creator, Indonesia-Malaysia
PENGENALAN
Adam Malik dan Association of South East Asian (ASEAN) seperti tidak dapat dipisahkan. Adam Malik sendiri mengakui di beberapa tulisannya seperti dalam autobiografi beliau yang menyatakan bahawa membincangkan mengenai ASEAN sangat menyeronokkan kerana eksistensi daripada ASEAN itu sendiri sangat dihayati betul oleh beliau. Di mana para Menteri Luar dari negara Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Singapura bersatu dalam mengisytiharkan perhimpunan regional atau serantau dengan tujuan harus mampu menampung dan memecahkan persoalan terutama persoalan...