Content area
Full Text
ABSTRAK
Konfrontasi Malaysia dan Indonesia yang berlaku pada tahun 1963 telah menjadi sejarah hitam buat negara serumpun. Kesan konfrontasi menyebabkan hubungan politik dan ekonomi terjejas sehingga merugikan kedua-dua negara. Ini menyebabkan proses pemulihan untuk menamatkan konfrontasi terus dilakukan bagi memastikan hubungan kedua-dua negara pulih semula. Ketika era konfrontasi Malaysia dan Indonesia berlaku, dua watak penting dalam pemulihan semula hubungan Malaysia dan Indonesia adalah Tun Abdul Razak (Malaysia) dan Adam Malik (Indonesia). Perubahan pemerintahan Indonesia daripada Presiden Sukarno kepada Presiden Suharto telah merubah persekitaran luar Indonesia yang membolehkan langkah awal pemulihan hubungan Malaysia dan Indonesia. Kajian akan mengkaji peranan dan sumbangan kedua-dua tokoh iaitu Tun Abdul Razak dan Adam Malik dalam memulihkan semula hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia. Kaedah metodologi yang digunakan adalah kualitatif dan pendekatan analisis sejarah untuk mengenal pasti peristiwa dan kronologi berpandukan analisis dokumen. Data yang digunakan adalah data yang diperolehi melalui sumber primer dan sekunder. Kajian mendapati bahawa pandangan dan ideologi dasar luar yang lebih neutral dan berkecuali dalam isu hubungan antarabangsa oleh kedua-dua tokoh ini menjadi asas penting kepada persamaan dasar dalam pemulihan hubungan dan penamatan konfrontasi Malaysia dan Indonesia. Kajian ini memberikan pengetahuan mendalam hubungan Malaysia dan Indonesia terutama berkaitan peristiwa konfrontasi selain dapat membantu meningkatkan dasar hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.
Kata kunci: Tun Abdul Razak, Adam Malik, Konfrontasi, Malaysia-Indonesia
ABSTRACT
The Malaysia -Indonesia confrontation in 1963 has become a black history for allied countries. The effects of the confrontation caused political and economic relations to be affected to the detriment of both countries. This situation led to a recovery process to end the confrontation and restore relations between the two countries. During the Malaysia - Indonesia confrontation era, two important characters in the restoration of Malaysian - Indonesian relations were Tun Abdul Razak (Malaysia) and Adam Malik (Indonesia). The change of Indonesian government from President Sukarno to President Suharto has changed the external environment of Indonesia, which has allowed the initial steps to restore Malaysia -Indonesia relations. The study will examine the role and contribution of two figures, Tun Abdul Razak and Adam Malik, in restoring diplomatic relations between Malaysia and Indonesia. The methodology used is a qualitative and historical analysis approach to identify events and chronology based on document analysis. The data used were data obtained through...