Content area

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimagunaan Persekitaran Pembelajaran Maya serta menguji model cadangan yang menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimagunaan Persekitaran Pembelajaran Maya dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah di Selangor. Selain itu, kajian mengenai pemboleh ubah perantara (keinginan untuk penerimagunaan) dan pemboleh ubah penyederhana (umur, pengalaman mengajar dan jantina) juga dikaji memandangkan kajian berkaitan perantara dan penyederhana masih kurang dijalankan di negara ini. Walaupun terdapat kajian mengenai Persekitaran Pembelajaran Maya di Malaysia, namun kajian tersebut hanya memfokuskan kepada cabaran yang dihadapi oleh guru, manfaat aplikasi tersebut dalam pengajaran serta penerimaan aplikasi tersebut daripada pihak murid dan guru pelatih serta tidak berkaitan dengan guru Bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini cuba menghuraikan isu penerimagunaan guru Bahasa Melayu dengan menggunakan pemboleh ubah yang terdapat dalam Model Penerimaan Teknologi (TAM), Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (UTAUT), Konsep Kepercayaan Guru dalam Pengajaran dan Model Syarat Perubahan Ely. Kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Sebanyak 400 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu sekolah menengah harian di Selangor telah dipilih secara rawak sebagai responden. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada penyelidik terdahulu dengan tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Pemodelan Persamaan Struktur Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM) telah digunakan untuk mengenal pasti kesahan, kebolehpercayaan dan menganalisis data struktural. Dapatan kajian mendapati tahap penerimagunaan guru Bahasa Melayu adalah sederhana. Tujuh daripada lapan pemboleh ubah kajian menjadi peramal kepada penerimagunaan Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu sokongan pentadbir (β = .230, p < .05), persepsi kebergunaan (β = .076, p < .05), keinginan untuk penerimagunaan (β = .347, p < .05), keadaan kemudahan (β = .304, p < .05), kemahiran teknologi (β = .136, p < .05), kepercayaan guru terhadap pengajaran (β = .146, p < .05) dan sikap terhadap penerimagunaan (β = .049, p < .05). Walaupun begitu, pemboleh ubah persepsi mudah guna tidak menjadi peramal kepada penerimagunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (β = .030, p > .05). Selain itu, pemboleh ubah keinginan untuk penerimagunaan berfungsi sebagai perantara separa (β = .061, p < .05) dalam hubungan antara sikap terhadap penerimagunaan dengan penerimagunaan. Kajian ini mendapati umur berperanan sebagai penyederhana (β = .065, p < .05) dalam hubungan antara pemboleh ubah sikap terhadap penerimagunaan dengan penerimagunaan Persekitaran Pembelajaran Maya. Nilai pekali penentuan (R 2 ) kajian ini adalah sebanyak 81.5% yang memberi maksud sebarang perubahan penerimagunaan Persekitaran Pembelajaran Maya disumbangkan oleh gabungan perubahan oleh ketujuh-tujuh faktor kajian yang signifikan secara statistik manakala 18.5% oleh faktor-faktor lain yang tidak dikaji. Model kajian ini mempunyai ramalan yang relevan (Q 2) pada peringkat yang tinggi dengan nilai catatan sebanyak .465. Kesimpulannya, model penerimagunaan Persekitaran Pembelajaran Maya dalam kalangan guru Bahasa Melayu diharap dapat membantu kepada kejayaan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Alternate abstract:

The purpose of this study is to identify the level of adoption towards the Virtual Learning Environment and to examine the proposed model which explains the factors that influence the adoption of the Virtual Learning Environment among Malay Language secondary school teachers in Selangor. In addition, studies on mediation variables (intention for adoption) and moderator variables (age, teaching experience and gender) were also studied as the mediation and moderator studies were still underway in the country. Although there is a study on the Virtual Learning Environment in Malaysia, the study focuses only on the challenges faced by teachers, the benefits of the application in teaching and the acceptance of the app from pupils and trainees teacher as well as not applicable to Malay Language teachers. Therefore, this study attempts to elaborate on the issue of adoption of Malay Language teachers by using the variables in the Technology Acceptance Model (TAM), Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT), the Concept of Teacher's Faith in Teaching and the Ely Condition of Change Model. This study was a survey using questionnaire. A total of 400 secondary school teacher that teach Malay Language in Selangor were randomly selected as respondents. This study used a questionnaire adapted from previous researchers with a good level of validity and reliability. Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) was used to identify the validity, reliability and analysis of structural data. The findings showed that the level of Malay language teachers' adoption was moderate. Seven out of the eight study variables became the predictor of the adoption towards the Virtual Learning Environment (support of the administrator (β = .230, p <.05), perceived usefulness (β= .076, p <.05), intention for adoption (β = .347 , p <.05), facilitating conditions (β = .304, p <.05), technological skills (β = .136, p <.05), teachers faith toward teaching (β = .146, p < .05) and attitude toward adoption (β = .049, p <.05). However, the perceived ease of use variable is not a predictor of the adoption towards the Virtual Learning Environment (β = .030, p > .05). In addition, the intention for adoption variables served as partial mediator (β = .061, p <.05 ) in the relationship between attitude towards adoption with adoption. This study found that age only serves as a moderator (β = .065, p <.05) in relation to the attitudes towards adoption with adoption of the Virtual Learning Environment. The value of the R2 determination was 81.5% which means the adoption change of the Virtual Learning Environment was contributed by a combination of changes from the seven statistically significant factors while 18.5% by other factors not studied. This research model has a relevant predictive (Q 2) at a high level with a record value of .465. In conclusion, the adoption model of the Virtual Learning Environment among Malay Language teachers is expected to help the successful use of the Virtual Learning Environment in teaching Malay Language.

Details

Title
Pembinaan Model Penerimagunaan Persekitaran Pembelajaran Maya Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah di Selangor
Author
Hamid, Zanariah
Publication year
2020
Publisher
ProQuest Dissertations & Theses
ISBN
9798380467933
Source type
Dissertation or Thesis
Language of publication
Malay
ProQuest document ID
2878254519
Copyright
Database copyright ProQuest LLC; ProQuest does not claim copyright in the individual underlying works.