Content area
Full text
ABSTRAK
Kajian ini cuba memaparkan profil kecelaruan penutur natif Melayu menerusi penggunaan kata 'di' dalam penulisan esei. Profil ini diserlahkan menerusi dapatan Analisis Kesalahan ke atas data kajian. Data kajian merupakan sejumlah kecelaruan penggunaan nahu iaitu penggunaan kata 'di' dalam penulisan esei 50 orang pelajar prasiswazah Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (KIRKHS) UIAM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek mengalami masalah kecelaruan pemikiran antara fungsi kata 'di' sebagai imbuhan atau kata sendi. Kecelaruan ini diklasifikasikan sebagai berpunca dari masalah 'kesalahan' dan juga 'kesilapan'. Implikasi dapatan ini bukan sahaja penting kepada para pelajar untuk memahami dan mengatasi masalah kenahuan dalam penulisan mereka, malahan sangat penting kepada ahli akademik khususnya pendidik bahasa Melayu untuk memahami kewujudan masalah seperti 'kesalahan' dan 'kesilapan', dan seterusnya dapat menangani kekeliruan penggunaan kata 'di' dalam penulisan pelajar. Kajian ini turut memberi implikasi penting kepada polisi pendidikan bahasa Melayu di IPT dalam konteks mengekalkan martabat Bahasa Kebangsaan negara Malaysia iaitu bahasa Melayu.
Kata kunci: Kesalahan nahu, kata 'di', imbuhan, kata sendi.
ABSTRACT
This study is an attempt to illustrate native Malay confusion profile via the use of word 'di' in essay writing. The profile is scrutinized using Error Analysis findings on research data. Data of this study is a set of grammar mistakes particularly the incorrect use of word 'di' the writings of 50 KIRKHS IIUM students. This study found that the students showed confusion in using the word as either a prefix or a preposition. The confusion is categorized due to 'error' and 'mistake' problem. This finding gives significant implications to the teachers and learners in order to overcome the mistake and confusion among the students. It is also significant to the tertiary educational policy (IPT) in terms of maintaining the prestigious of national language in Malaysia, i.e. Bahasa Melayu.
Keywords: grammatical error, word 'di', prefix, preposition.
PENGENALAN
Pembelajaran bahasa boleh ditakrifkan sebagai proses mempelajari bahasa. Dalam proses pembelajaran, pelajar tidak dapat mengelakkan daripada melakukan kesalahan. Maka apabila berlaku kesalahan dalam pembelajaran, pengajar seharusnya membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut supaya konsep belajar dapat dipatuhi. Menurut Abdullah Jumain (2010) bahasa yang baik ialah penggunaan ayat atau ayat-ayat yang betul dari aspek tatabahasa dan juga betul, jelas dan tepat dari aspek fakta yang dikemukakan. Kesalahan bahasa merupakan hal yang tidak dapat...