Content area
Full Text
ABSTRAK
Gerakan Ortodok Syria di Indonesia merupakan satu fenomena gerakan Kristianisasi. Pendekatannya yang mirip kepada gerakan misionari terkini dilihat sebagai satu cabaran terhadap umat Islam Indonesia. Gerakan ini digerakkan melalui institusi yang kelihatan terancang iaitu Institute for Syriac Christian Studies yang terletak di Surabaya, Indonesia. Sifat dinamik intelektual Muslim Indonesia bertindak mengemukakan respon terhadap gerakan Kristian Ortodok Syria melalui penulisan dan wacana. Artikel ini akan membincangkan pendekatan, isu persoalan yang dikemukakan oleh intelektual Muslim, implikasi terhadap hubungan antara Muslim dan Kristian dalam konteks Indonesia. Dalam menganalisis fenomena ini, artikel ini menggunakan pendekatan analisis kandungan yang berasaskan kepada penulisan intelektual Muslim Indonesia melalui buku, akhbar dan majalah. Artikel ini merumuskan cabaran Kristianisasi di Indonesia menuntut kalangan intelektual Muslim mempersiapkan dengan pengetahuan berkaitan Kristian Ortodok Syria dan pemikiran yang baik dalam mendepani gerakan Kristian Ortodok Syria.
Kata Kunci: Intelektual Muslim, Kristian Ortodok, Kristianisasi
ABSTRACT
The Orthodox Syrian movement in Indonesia is a phenomenon of Christianization. The approach of this missionary is a challenge towards the Indonesian Muslim. This movement is initiated by the Institute for Syriac Christian Studies located at Surabaya, Indonesia. The Indonesian Muslims have responsed towards the Christian Orthodox movement via writings and discourses. This article will discuss the approaches, the main issues which are argued by Muslim intellectuals and the implication towards the relationship between Muslims and Christians in Indonesia. In analysing this phenomenon, the writer use the content analysis approach which is largely based on Indonesian Muslim intellectuals' writings in books, newspaper and magazines. This article has concluded that the Indonesian Muslim intellectuals must have a knowledge on Christian Orthodox Syrian and to face a Christianinization movement in Indonesia which is led by the Christian Orthodox Syrian Movement.
Keywords: Muslim intellectuals, Christian Orthodox, Christinization
PENDAHULUAN
Kristian Ortodoks Syria atau disebut juga sebagai Kanisah Ortodoks Syria (KOS) merupakan salah satu aliran dalam agama Kristian yang berpusat di Damascus, Syria. Aliran ini bukan sahaja berbeza dengan aliran Kristian Katolik dan aliran Kristian Protestant, malah ianya mendakwa sebagai penganut ajaran Kristian yang sebenar. Selain itu ianya juga mendakwa mempunyai susur galur sejarah dengan Gereja Antioch iaitu salah satu kumpulan Kristian kuno yang wujud pada awal perkembangan agama Kristian (Joseph 2002).
Dari sudut ritualnya, Kristian Ortodoks Syria mendakwa mempunyai banyak persamaan dengan agama Islam. Misalnya...