Content area
Full text
Bagi masyarakat umum di Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dikaitkan dengan dua isu atau aspek. Pertama, MKN dikaitkan sebagai agensi penyelarasan kerajaan berkaitan bencana alam. Peranan MKN dilihat menonjol di dalam memantau mangsa-mangsa banjir dan bencana alam yang lain dengan bantuan polis dan tentera. Malah sebenarnya, di kalangan masyarakat, inilah peranan sebenar MKN. Kedua, kontroversi yang melingkari Akta MKN 2016 yang mana ianya menjadi bahan politik di dalam Pihanraya Umum ke 14 baru-baru ini, meningkatkan lagi kepekaan rakyat kepada peranan dan objektif MKN. Agensi yang diletakan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) tersebut dilihat mempunyai kuasa yang besar di dalam menangani ancaman kepada kedaulatan negara. Para pengkritik berhujah bahawa Akta MKN 2016 memberi kuasa kepada Perdana Menteri, sebagai pengerusi MKN, untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan darurat. Ini menurut para pengkritik dan kumpulan hak asasi manusia, bertentangan dengan Perlembagaan Negara Perkara 150 yang meletakan Duli Yang Mulia Yang Dipertuan Agung sebagai memberi kuasa kepada YDPA sebagai pemerintah tertinggi negara yang mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat apabila beliau dinasihati oleh jemaah menteri terdapatnya keadaan yang boleh menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam negara. Perkara 150 tersebut harus juga dibaca bersama-sama dengan Perkara 40 Perlembangaan Negara dari segi proses pengisytiharan darurat negara. Walaupun demikian, kerajaan baharu sekarang di dalam proses mengkaji semua Akta tersebut.
Sejarah MKN bermula dengan tertubuhnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)...