Content area
Full text
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat profil sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Fardhu Ain dalam kalangan Mualaf Ciña di Jabatan Agama Islam Daerah Kajang. Seramai 80 daripada 473 orang Mualaf Ciña telah terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif menggunakanperatusan, min dan sisihanpiawai digunakan untuk análisis taburan. Ujian t digunakan untuk melihat perbezaan manakala kolerasi Pearson untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Fardhu Ain. Hasil kajian mendapati Mualaf yang menjadi responden kajian ini mempunyai sikap pembelajaran yang tinggi, mereka secara keseluruhannya mencapai keputusan yang baik dalam kursus Fardhu Ain, tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap pembelajaran berdasarkan gender dan kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Fardhu Ain.
Kata kunci: Sikap pembelajaran; Cina Mualaf; Fardhu Ain; cabaran; Jabatan Agama Islam Daerah Kajang
ABSTRACT
This study aims to identify the learning attitude profile with Fardhu Ain course achievement among Chinese Mualaf at State Religious Department, District of Kajang. 80 out of 473 Chinese Mualaf has been involved in this study. Descriptive statistics using percentage, mean, standard deviation used for the distributional analysis. While the Pearson correlation used to look at the relationship between the variables of attitude of learning with Fardhu Ain course achievement. The results showed that the Mualaf who are the respondents of this study have high levels of attitude of learning. Mualaf overall achieved good result in Fardhu Ain course. There is no significant differences in learning attitude based on gender. The study also found that there is no significant relationship between learning attitude to Fardhu Ain course achievement.
Keywords: Learning attitude; Chinese Mualaf, Fardhu Ain; challenges; State Religious Department; District of Kajang
PENDAHULUAN
Mayer dan Cobb (2000) mendefinisikan kecerdasan sikap pembelajaran sebagai kebolehan memproses maklumat berkaitan emosi dan mentakrifkannya sebagai persepsi, sikap, memendam perasaan dan juga pengurusan emosi. Sanitah dalam Mohd Azhar (2004) berpandangan sikap pembelajaran mempunyai peranan penting dalam bidang pendidikan, menjadi pendukung kepada kecerdasan intelek dan menjamin kualiti produk yang dihasilkan dalam setiap peringkat pendidikan sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Ahmad Shukri dalam Mohd Azhar (2004) pulamelihat sistem pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan akademik dan aspek-aspek teknikal yang bersifat logikal dan analitikal. Beliau berpandangan keadaan ini kurang sesuai dengan keperluan masa kini, individu yang mempunyai...