Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai penglibatan Za’ba dalam pembangunan agama Islam dan pendidikan di Kelantan antara tahun 1918 hingga 1919. Fokus utama adalah terhadap sumbangan Za’ba dalam agama Islam dan pendidikan kepada Masyarakat Melayu di negeri Kelantan. Keperibadian dan intelektual yang di pamerkan oleh Za’ba juga menjadi asbab kepada pembangunan agama Islam di negeri Kelantan pada awal abad ke-20. Artikel ini akan memfokuskan antara tahun 1918 hingga 1919 yang menjadi tahun-tahun kemuncak dalam tugasnya sebagai seorang pengarang di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi pengumpulan dan analisis data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) seperti majalah Pengasuh dan naskah al-Quran. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan seperti jurnal dan buku bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Data yang diperolehi akan dianalisis bagi mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan kajian yang dilakukan. Pengkaji akan menggunakan kaedah pendekatan sejarah dengan menggunakan kaedah tema supaya kajian lebih tersusun dan berbentuk analitikal. Hasil kajian mendapati bahawa Za’ba berjaya mengasimilasikan budaya masyarakat Melayu Kelantan melalui majalah Pengasuh dengan kepentingan menuntut ilmu agama dan pendidikan untuk disertakan bersama dalam setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut ketetapan syariat agama Islam.

This article discuss the involvement of Za’ba in the development of Islam in state of Kelantan between 1918 to 1919. The main focus is the on the contribution of Za’ba in Islam and education to Malay citizen in Kelantan. The personality and intellectual showed by Za’ba also contribute to the development of Islam in Kelantan in early 20th century. This article will further discuss from the year of 1918 to 1919 which considered as the golden years of his writing profession in Kelantan. This study uses a qualitative method that includes the collection and analysis of data from primary sources obtained from Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) such a magazine entitled Pengasuh and Al-Quran manuscript. In addition, secondary sources are also uses such as journals and books to further strengthen the study conducted. The data obtain will be analyzed to obtain actual information regarding the study conducted. Reseacrhers will uses the Historical Approach method by using a theme method to ensure the the study is more structured and analytical. From his writing, we found that Za’ba succeeded in assimilating the culture of Kelantan citizen through a magazine entitled Pengasuh on the importance of seeking Islamic knowledge and education to be included in every job done in accordance of Islamic law.

Details

Title
Sumbangan Za’ba terhadap Kesedaran Agama Islam dan Pendidikan di Kelantan melalui Majalah Pengasuh antara Tahun 1918 Hingga 1919
Author
Mohamad, Mohamad Firdaus; Engku Ahmad Zaki Engku Alwi; Sulaiman, Ruhaizan
Pages
14-29
Section
Articles
Publication year
2022
Publication date
Nov 2022
Publisher
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin
ISSN
22896325
Source type
Scholarly Journal
Language of publication
English
ProQuest document ID
2823076925
Copyright
© 2022. Notwithstanding the ProQuest Terms and Conditions, you may use this content in accordance with the associated terms available at https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/about